![]() |
KINABALU SPORT MILIK RES DIANTI DISE
Seorang usahawan wanita Melayu keturunan Bugis yang berjaya dalam bidang bekalan dan rekabentuk peralatan sukan telah menempah nama disekitar Kota Kinabalu. Res Dianti Dise aalah pemiliknya yang dilahirkan di Papar dan masih bujang kerana menumpukan sepenuhnya masa yang ada ke
pada perniagaan yang baru bermula dua tahun yang lalu. Res Dianti memulakan perniagaan setalah berhenti dari sebuah syarikat yang mengendalikan perniagaan yang sama setelah tercabar dengan kata-kata oleh bekas majikannya ketika itu yang berkata, "Saya berjaya bukan disebabkan bantuanmu". Dengan bermula dari memperkenalkan perkhidmatannya kepada pelanggan yang kenal dengannya ketika bekerja di syarikat tersebut sehinggalah Res Dianti menempah nama dalam bidang tersebut seperti yang dimilikinya ketika ini. Res Dianti banyak menerima tempahan sepanjang kempen Pilihanraya ke-12 ini dari kebanyakan bahagian UMNO seluruh Sabah.
Ketika mengungkapkan pengalaman Res Dianti sehingga wujudnya keberanian begini amatlah tidak terbayang dengan apa yang dimilikinya ketika ini. Mengikut Res Dianti yang tidak segan berkongsi pengalamannya ketika memulakan kerja di sebuah syarikat milik orang tiong hua dalam bidag yang sama, Res Dianti hanya di bayar dengan gaji RM200 yang bekerja sebagai jurujual sahaja pada tahun 1989 sehingga kepercayaan demi kepercayaan diberikan dan pernah di amanahkan untuk mengendalikan sebuah kedai sukan di Sandakan pada tahun 1993 selama dua tahun. Res Dianti meninggalkan syarikat tersebut dan menyertai syarikat abang bekas majikannya sehinggalah pada tahun Ogos 2005 yang bertanggung jawab sepenuhnya keatas perniagaan majikannya. Disinilah Res Dianti menimba banyak pengalaman dari urusan teknikal sehinggalah menguruskan pelanggan-pelanggan.
Antara pelanggan yang amat membantu perniagaannya adalah Lembaga Pertubuhan Peladang yang sejak mula Res menjalan perniagaan sehingga ke hari ini dan Res mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi tersebut kerana terus menyokong perniagaannya.
![]() |