|
|
Peniaga sayur di pasar tanah merah merasa sangat berbangga dengan pencapaian anak keduanya dari tiga adik beradik apabila anak perempuannya yang bernama Nurmala Sudirman yang bersekolah di SMK St Micheal Bandar menunjukkan keputusan SPM yang cemerlang hari ini. Nurmala mendapat 6A1 untuk mata pelajaran BM,BI,PI,Math,Perakuanan dan Tasawur islam, manakala 1A2 untuk mata pelajaran Math Tambahan. 3B3 untuk mata pelajaran Sejarah, Fizik, EST (English for Science and Technology) manakala 2B4 untuk mata pelajaran Kimia dan Biologi.
Ketika ditanya tentang persediaan ketika menghadapi peperiksaan, Nurmala menyatakan bahawa apabila tiba musim peperiksaan, mala akan membaca semua buku rujukan tanpa mengabaikan satu muka
Sebenarnya mala juga menghadapi masalah dari segi kemudahan pembelajaran terutamanya kekurangan buku-buku rujukan. Justeru itu mala mengambil inisiatif dengan meminjam buku-buku rujukan dari kawan disamping menyertai Program Kecemerlangan Pelajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Mala sebenarnya bercita-cita untuk menjadi engineer dan meminati bidang eoronaumatic akan tetapi apabila memikirkan peluang pekerjaan pada masa depan menyebabkan Mala mungkin memilih bidang kejuruteraan yang lain lain. Walau bagaimanapun, melihat kepada keputsan SPM yang telah diperolehi oleh Mala, beliau juga ingin menjadi akauntan. Untuk itu, Mala merancang untuk meneruskan pelajaran dengan memasuki Matrikulasi atau mengambil Diploma dalam bidang Kejuruteraan terlebih dahulu.
Keluarga Mala pula sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada Mala untuk melanjutkan pelajaran kemana sahaja. Dalam mengejar cita-cita, keluarga Mala tidak pernah membantah keputusan Mala.
Rahsia kejaayan mala mungkin disebabkan tidak suka makan ikan dan kalau makan ikan pun hanya dirumah yang disediakan oleh kakak atau ibunya yang digoreng hingga hangus dan tidak suka makan ikan ketika diluar rumah. Ini adalah habit yang sudah lama diamalkan tanpa disengajakan sebab memang tidak suka makan ikan sejak kecil. Kalau orang kata makan kepala ikan tidak baik untuk ingatan maka mala tidak makan ikan langsung.
|